SEJARAH PEMBANTU PERUBATAN
Profesion Penolong Pegawai Perubatan bermula sejak tahun 1786 dengan nama Dresser . Mula bertapak di Pulau Pinang dan seterusnya pada tahun 1823 Dresser telahpun berada di negeri Pulau Pinang,Melaka dan juga Singapura.Pada tahun 1936 nama Dresser telah ditukarkan kepada nama Pembantu Rumah Sakit (HA).
Tahun 1957 iaitu tahun kemerdekaan Negara Malaysia ,Pembantu Rumah Sakit telah dikenali pula sebagai Pembantu Hospital (HA) dengan wujudnya jawatan tersebut di seluruh Malaysia.Pada 1961 secara rasminya "National Union Of Hospital Assistant " (NUHA) telah didaftarkan.Sekolah Latihan Pembantu Hospital yang pertama telah beroperasi di Kuching ,Sarawak pada tahun 1969.manakala pada tahun 1971 Sekolah Latihan Pembantu Hospital yang kedua telah beroperasi di Seremban,Negeri Sembilan.
Akta Pembantu Hospital (Pendaftaran),telah dikuatkuasakan pada tahun 1977.Seiring dengan pembangunan kerjaya ,Pada tahun 1985 pula nama Pembantu Hospital (HA) telah ditukarkan dengan nama Pembantu Perubatan (MA) . Tahun 1986 secara rasminya Persatuan Pembantu Perubatan Malaysia telah ditubuhkan.Sejajar dengan perubahan demi perubahan kepada profesion , maka sijil Pembantu Perubatan telah diiktiraf sebagai Diploma Pembantu Perubatan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia pada tahun 1989 .
Pada tahun 2007 ,Nama Pembantu Perubatan (MA) telah ditukarkan kepada Penolong Pegawai Perubatan (AMO). Transformasi Profesion semakin berkembang sejajar dengan perkembangan teknologi perubatan masakini dengan kewujudan Skim Bersepadu .Pengwujudan Jawatan bagi Penolong Pegawai Perubatan siswazah ke skim Pengurusan dan Profesional (P&P).
Fungsi Penolong Pegawai Perubatan adalah memberi perkhidmatan penjagaan kuratif ,promotif,preventif dan rehabilitatif kepada setiap lapisan masyarakat. Sehingga kini (2010) seramai 12,325.00 orang Penolong Pegawai Perubatan yang berdaftar dengan Lembaga Pembantu Perubatan,KKM.
No comments:
Post a Comment